Telefon di pejabat tempat paling 'disukai' kuman, virus

 


WASHINGTON: Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat.

Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.
“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.
Cerek kopi, kepala paip sinki, peti sejuk serta pemegangnya dan ketuhar gelombang mikro adalah beberapa bahagian paling kotor yang biasa di tempat kerja. - Brad Reynolds, Wakil projek North American Platform Leader for The Healthy Workplace
Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas.

“Pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.

“Malah anda juga boleh mendapat kuman dari laci meja dan juga papan kekunci komputer, kata Gerba di mana tempat berkenaan hanya akan dibersihkan apabila ia melekit.

“Kita sering menemui virus selsema pada komputer sewaktu musim sejuk,” kata Gerba.
Dalam satu siaran berita ABCNews.com, Gerba berkata beliau menemui bakteria usus yang biasanya wujud dalam najis manusia pada satu daripada mangkuk gula-gula seorang daripada pekerja.

“Secara keseluruhan, semua barangan ini adalah empat kali ganda mempunyai tahap bakteria yang sama pada tempat duduk tandas,” katanya.

“Walaupun ramai pekerja menggunakan bilik rehat pejabat secara harian, ia secara umumnya tidak dibersihkan kecuali sehari oleh pekerja pembersih dan jarang sekali dilakukan sendiri oleh pekerja menyebabkan pencemaran lebih mudah dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain sepanjang hari,” kata Reynolds.

Beliau berkata, bilik persidangan juga antara tempat paling mudah untuk kuman tersebar, misalnya ketika seseorang berjabat tangan dengan yang lain.

“Setiap orang perlu membersihkan tangan mereka sebelum atau selepas mesyuarat untuk mengelak kuman dibawa balik ke meja mereka,” kata Reynolds.

Butang pada lif, mesin menyalin atau pembuat kopi juga adalah sama seperti berjabat tangan.

No comments:

Post a Comment