Disimbah Asid! Jangan panik!

BASUH bahagian yang terkena cecair simbahan sama ada asid atau alkali dengan air yang banyak.


KEJADIAN menyimbah cecair dipercayai asid di ibu kota semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Melihat angkanya,  bukanlah satu jumlah yang kecil.

Walaupun mungkin ada yang berkata, cecair yang digunakan bukan asid merbahaya, namun sekurang-kurangnya si pelaku tetap mendapat kepuasan daripada apa yang dilakukannya yang pasti dengan tujuan - menakutkan mangsa. Difahamkan berdasarkan beberapa kes yang disiasat, penjenayah menggunakan air bateri dan thinner untuk menyimbah mangsa.

Bagi mangsa pula yang mana kesemuanya wanita, selain mengalami kecederaan tidak kira berat atau ringan, kesan psikologi pastinya lebih parah lagi. Keadaan ini mewujudkan rasa panik dan trauma di kalangan mereka.

Apa pilihan yang mereka dan masyarakat di luar sana ada? Tidak keluar rumah? Bagaimana untuk meneruskan rutin kehidupan harian? Jenayah pula tidak mengenal mangsa dan sukar dijangka.

Walau bagaimanapun, jangan biarkan diri menjadi mangsa tanpa melakukan sesuatu kerana kita mampu mengekang kesannya.

“Kejadian simbah cecair dipercayai asid seperti ini bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan. Mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa dan ini menimbulkan ketakutan orang ramai,” kata Pakar Kimia, Profesor Dr. Zainudin Arifin.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Dekan Fakulti Sains Universiti Malaya berkata, kejadian itu boleh diibaratkan sebagai ‘perang kimia’ senyap yang meninggalkan kesan mendalam buat mangsa juga masyarakat sekeliling.

Selain mengharapkan pihak berkuasa berjaya menangkap penjenayah tersebut, beliau menyarankan agar setiap individu perlu melakukan sesuatu supaya si penjenayah berasa serik dan perbuatannya itu sia-sia.

Menurutnya, masyarakat terutama wanita perlu didedahkan maklumat mengenai perkara tersebut dengan mengambil langkah berjaga dan bersedia sepanjang masa.

Jelas beliau, untuk menguatkuasakan larangan penjualan bahan berasid berbahaya di pasaran, ia bukan semudah yang disangka kerana bahan itu digunakan dalam pelbagai urusan harian.

“Lebih maju sesebuah negara, lebih banyak penghasilan asid yang dihasilkan dan kita tidak tahu siapa punya angkara.
“Bagi saya hanya mereka yang bijak dan berpengetahuan tentang hal berkenaan bahan kimia ini sahaja yang akan melakukan perkara seperti ini,” kata beliau.

Kesan
Mengikut kamus Dewan edisi keempat, asid adalah bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada tujuh. Ia bersifat menghakis di mana pada kadar kepekatan tinggi, ia boleh menyebabkan kesakitan, melecur dan rasa terbakar apabila terkena pada kulit atau mata.“Malah ia melibatkan kesan jangka panjang seperti kecacatan kekal dan buta jika terlalu serius,” kata Prof. Zainudin.

Kebanyakan asid merbahaya katanya mudah didapati dalam bahan yang kita gunakan setiap hari. Misalnya asid sulfurik yang terkandung dalam air bateri kenderaan, asid hidroklorik dalam kebanyakan pencuci peluntur dan asid formik atau biasa disebut cuka getah.

Menurut beliau, asid sulfurik dan asid formik sangat menghakis. Walaupun selepas dicairkan, ia masih tajam dan boleh meninggalkan kesan lecur seperti gelumbung pada kulit mangsa.

Manakala thinner pula berasaskan aseton dan beberapa pelarut lain yang digunakan secara meluas bagi mencairkan cat. Walaubagaimanapun, ia kurang meninggalkan kesan jika terkena pada kulit atau mata jika dibandingkan dengan asid pekat. Namun dalam jumlah yang banyak jika dihidu, ia mampu menyerang saraf optik dan boleh menyebabkan buta.

Merujuk kepada kebanyakan kes simbah yang berlaku, Prof. Zainudin percaya cecair asid yang digunakan penjenayah sudah pun dicairkan terlebih dahulu atas faktor keselamatan si pengendali.
“Kalau ia terlalu pekat, mungkin mereka sendiri yang menjadi mangsa andai tindakan tidak berjaya,” kata beliau.

Bersedia
Sebagai langkah keselamatan andai menjadi mangsa simbahan sebarang cecair sama ada berasid atau alkali, kata Prof Zainudin, setiap individu perlu bersedia tidak kira mangsa.

“Kita tidak tahu bila ia akan berlaku dan siapa yang akan kena. Jika bukan diri sendiri, sekurang-kurangnya kita boleh membantu mangsa jika berada di tempat kejadian sebelum membawa mereka ke klinik atau hospital.

“Perlu diingat, asid pada kadar kepekatan tinggi ia sangat merbahaya dan jika kita melengahkan rawatan, ia boleh memberi kesan yang teruk kepada mangsa,” kata beliau.

Sebagai persediaan, beliau menyarankan supaya membawa bersama sebotol air yang boleh digunakan sebagai pencuci andai terkena sebarang simbahan cecair.

Jelas beliau, biasanya di tempat awam sukar untuk mendapatkan bekalan air. Jadi dengan membawa sebotol air, jika bukan untuk diri sendiri, ia mungkin boleh membantu mangsa yang berada berdekatan dengan kita.

Selain itu, mangsa juga katanya perlu menanggalkan pakaian yang terkena asid. Selepas itu katanya, bawa mangsa ke tandas berhampiran dan biarkan dia berada di bawah aliran air selama 15 hingga 30 minit.

Satu lagi katanya, bagi mereka yang memahami asas kimia yang mudah, sesuatu yang bersifat asid boleh dineutral dengan menambah asas alkali.

“Mungkin bunyinya seperti lucu, namun soda bikarbonat yang kita gunakan untuk menaikkan adunan kek boleh membantu meredakan kesakitan akibat simbahan cecair berasid. Caranya cuma masukkan beberapa sudu dalam air kosong tadi dan kemudian dicurahkan pada tempat yang terkena asid,” kata beliau.

Mengambil contoh serbuk yang banyak dijual di pasaran untuk melegakan perut yang sebu, ia juga sangat membantu.
Selain itu, pemakaian pakaian yang bertutup juga katanya mampu menghalang cecair daripada mencederakan tubuh mangsa.

Beliau turut menyarankan wanita memakai kaca mata hitam ketika berjalan sendirian di tempat terang kerana ia boleh menjadi pelindung pancaindera itu daripada simbahan sebarang jenis cecair.

“Mata merupakan pancaindera yang sangat sensitif. Jika tidak kena gaya, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk. Pemakaian kaca mata sangat membantu,” kata beliau.

Bagi mereka yang terkena simbahan cecair mengandungi thinner pula kata beliau, perlu cepat menanggalkan pakaian kerana bahan itu mudah meruap di udara.

Pandangan sudut psikologi
Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya, Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari pula berkata, berdasarkan modus operandi kes, terdapat beberapa sebab penjenayah berkelakuan demikian.

“Jika dilihat pada mangsa yang kena, penjenayah seakan tidak menetapkan sasaran tertentu seperti mahu membunuh atau mencederakan mangsa. Mangsa pula dipilih secara rawak dan ia hanya sekadar untuk menakutkan mangsa,” katanya.

Punca pertama beliau percaya penjenayah mempunyai masalah cacat mental kerana suka melihat orang di sekelilingnya rasa takut dan susah hati.

“Mungkin dia juga mempunyai masalah kecelaruan personaliti kerana suka kepada tindakbalas sedemikian,” katanya.
Beliau juga tidak menolak andaian penjenayah mempunyai personaliti antisosial kerana suka mengganggu norma kehidupan masyarakat.Bagi penjenayah, dia mungkin rasa gembira apabila melihat orang lain menderita dan keadaan menjadi huru-hara.

Punca yang seterusnya kata Dr. Muhammad Muhsin boleh disebabkan pemikiran obsesif. Dengan melakukan perkara seperti perbuatan menyimbah cecair boleh menyebabkan dia berasa melepaskan segala tekanan yang ditanggung. Manakala punca terakhir beliau berkata, mungkin disebabkan penyakit mental yang serius seperti gangguan halusinasi yang menyuruh penjenayah berbuat demikian.

Bagi beliau, keadaan yang berlaku di ibu kota berbeza dengan kejadian menyimbah asid berbahaya seperti asid formik (cuka getah) yang sering berlaku di negara seperti India dan juga pernah berlaku di Malaysia.

“Ia mempunyai tujuan khusus iaitu mencederakan mangsa dan mahu mangsa cacat serta menderita. Namun dalam kes ini, penjenayah seperti sekadar suka-suka,” katanya.




Tips Mengatasi Mengantuk Di Pejabat


Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya.

Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

# Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

# Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

# Lebihkan pengambilan sumber serat — Untuk mengekalkan kesihatan, kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan serat setiap hari tetapi jika mahu meningkatkan tahap kesihatan dan mencegah penyakit, kita perlu makan lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari.

Serat bukan saja membuat kita berasa lebih cepat kenyang, tetapi tempoh kenyang itu juga lebih lama. Ini kerana serat memperlahankan ‘kemasukan’ karbohidrat ke dalam darah yang membuatkan tenaga tahan lebih lama.

# Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Berapa banyak perlu minum? Sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter sehari. Ada pengamal perubatan alternatif berpendapat satu liter masih tidak memadai kerana jumlah air yang hilang dari badan mungkin lebih banyak, terutama jika bersenam dan ketika cuaca panas.

Jadi kita disaran minum lebih banyak kerana air menjadi bahan paling murah untuk menyingkir bahan toksik daripada badan. Antara cara untuk mengetahui sama ada anda cukup air atau tidak ialah mengira kekerapan ke tandas dan warna air kencing.

Kekerapan yang normal ialah sekali dalam masa dua hingga empat jam dan air sepatutnya jernih serta berwarna kuning cair. Selain minum air kosong, sumber cecair lain ialah jus buah, sup dan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren dan anggur. Namun individu yang ada masalah berat badan berlebihan digalak lebih banyak minum air kosong bagi mengelak pertambahan kalori yang tidak diperlukan daripada gula.

# Kurangkan pengambilan minuman mengandungi kafein, terutama pada waktu petang dan malam. Kafein mempunyai kesan diuretik iaitu yang membuatkan anda kerap buang air kecil dan kehilangan banyak air. Bagaimanapun, ini bukan bermakna anda tidak boleh minum kopi atau teh kerana sekadar satu cawan tidak mendatangkan mudarat.

Kajian menunjukkan pengambilan kafein pada kadar sederhana (200 hingga 300 miligram daripada dua atau tiga cawan kopi) boleh membuatkan kita berasa segar selama beberapa jam yang menyebabkan sukar untuk tidur malam dan akibatnya kita akan letih dan mengantuk di tempat kerja.

# Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

# Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Kenal pasti apa yang membuatkan anda berasa tidak puas hati dan cari jalan untuk menyelesaikannya. Jika ia membabitkan perkara di luar bidang kuasa dan kemampuan kita, cara terbaik ialah dengan berasa reda kerana kita memang tidak mungkin memiliki semua yang diingini.

Jangan pandang rendah pada diri sendiri kerana tuhan menjadikan setiap insan sebagai individu yang sangat unik. Cari kelebihan diri dan gunakan ia sebagai perangsang semangat untuk menjalani hidup dengan lebih baik. Didik diri menjadi pemaaf kerana sikap ini sebenarnya memberi kesan positif terhadap minda dan emosi kita.

# Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

# Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.

# Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat.

# Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

# Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

# Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam. 


Penyakit darah tinggi


Apakah itu penyakit hipertensi?

Penyakit darah tinggi dikatakan apabila tekanan darah systolic anda 140mmHg atau lebih dan bacaan diastolic anda 90mmHg atau lebih.

Bacaan darah tinggi ditulis seperti ini 130/80. Bacaan atas dipanggil systolik dan bacaan bawah dipanggil sistolik.

Jika doktor anda memberitahu bacaan sebegini, 150/100, anda didalam kategori hipertensi.

Jenis Darah Tinggi

Pra Hypertensi
Nilai bacaan tekanan systolic 120-139 dan diastolic 80-89

Tekanan Darah Tinggi atau Hipertensi Peringkat Sederhana
Nilai bacaan tekanan systolic 140-159 dan diastolic 90-99

Tekanan Darah Tinggi atau hipertensi peringkat Tinggi
Nilai Bacaan systolic melebihi 160 atau diastolik melebihi 100

Apakah penyebab Tekanan Darah Tinggi?

Hipertensi primer iaitu penyakit darah tinggi tidak berhubung kait dengan penyakit tertentu. Penyakit ini meliputi 90% jumlah pesakit darah tinggi.

10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.

Penyebab sekunder yang diketahui ialah:
1.Penyakit buah pinggang
2.Penyakit sistem endokrin
3.Penyakit pembuluh darah

Adakah Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga anda?

Anda mempunyai risiko 50%, jika kedua ibu bapa anda penderita hipertensi. Jika salah seorang ibu bapa anda pengidap darah tinggi, anda mungkin mewarisi penyakit tersebut.

Mengapa penting mengukur tekanan darah anda secara berkala?

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% penderita Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.

Penderita Hypertensi berisiko tinggi untuk mendapat serangan penyakit jantung. Terapi tekanan darah tinggi yang bagus mampu mengurangkan kedatangan anda ke hospital dan kematian akibat strok atau angin ahmar dan serangan penyakit jantung .


Menangani peluh berlebihan


KITA digalakkan melakukan senaman tiga kali seminggu untuk cara hidup yang sihat. Ia amat penting dalam penjagaan kesihatan kerana dalam masa yang sama apabila badan mengeluarkan peluh, selain untuk mengawal suhu badan, secara tidak langsung ia juga menjana kesihatan tubuh.

Peluh yang keluar daripada tubuh merupakan satu situasi yang normal tetapi sekiranya peluh keluar lebih banyak daripada yang diperlukan ia adalah tidak normal.

Apatah lagi jika ia keluar ketika berada dalam persekitaran yang sejuk dan tidak menggunakan tenaga.
Dalam hal ini, peluh yang berlebihan terutama di bahagian tapak tangan, kaki dan bawah lengan membuatkan individu tersebut menjauhkan diri untuk bersosial dengan masyarakat.

Masalah peluh yang berlebihan bukan satu perkara normal malah ia boleh dikategorikan sebagai satu penyakit dan istilah perubatannya lebih dikenali sebagai hiperhidrosis.

Menurut Perunding Pakar Bedah Cardiovascular dan Thoracic, iHEAL Medical Centre, Kuala Lumpur, Dr. David Khoo Sin Keat, hiperhidrosis berlaku hampir dua peratus daripada jumlah penduduk dunia.

Katanya, bagi sesiapa yang menghadapi masalah tersebut, mereka perlu memberi lebih perhatian kerana secara tidak langsung ia menunjukkan wujudnya masalah kesihatan pada tubuh anda.

''Fenomena peluh berlebihan ini merupakan satu jenis penyakit kerana ia tidak terjadi kepada semua orang.
''Lazimnya, pesakit tidak sedar mereka menghadapi masalah ini sehinggalah ia mendatangkan masalah kepada mereka sehingga menyukarkan untuk melakukan pekerjaan.

''Dalam hal ini, peluh berlebihan bukan sahaja dikesan pada tapak tangan, kaki dan di bawah lengan malah ia juga dikesan pada bahagian kepala, muka, dada, belakang tubuh dan pangkal paha,'' ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Komuniti Sosial The Sweat Connection di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau lagi, hiperhidrosis biasanya berlaku pada individu dewasa berumur antara 20 hingga 50 tahun, tetapi ia boleh bermula lebih awal iaitu ketika kanak-kanak atau remaja. Malah seramai 0.6 peratus hingga satu peratus terdiri daripada golongan muda.

Pada majlis pelancaran itu juga, Dr. David turut menjelaskan bahawa penyakit tersebut dapat dirawat melalui teknik rawatan yang dikenali sebagai No Sweat Technique.

Katanya, teknik rawatan tersebut merupakan satu teknik yang melibatkan prosedur selama 15 minit dengan tusukan kecil di bawah kedua-dua lengan.

Rawatan tersebut bukan sahaja memberi keputusan yang cepat malah pesakit boleh meninggalkan hospital pada hari yang sama dengan keadaan tangan, kaki atau mana-mana bahagian yang bermasalah lebih selesa tanpa peluh.

Sebagai doktor yang berpengalaman dia memberitahu, sebenarnya sejak tahun 2001 lagi pelbagai kaedah penyembuhan telah pun dilakukan di Malaysia termasuk pembedahan simpatektomi torasik endoskopi (endoscopic transthoracic sympathectomy atau ETS).

Telah melakukan pembedahan ke atas 500 orang pesakitnya, Dr. David turut menyenaraikan beberapa aspek yang mungkin berkaitan dengan punca masalah kesihatan itu seperti tirotoksikosis (hipertiroidism), menopaus, obesiti dan gangguan psikiatri.

Bagi sesiapa yang menghadapi gejala-gejala seperti peluh yang berpanjangan, berpeluh tanpa sebab yang munasabah, berpeluh ketika tidak melakukan sebarang aktiviti lasak, berpeluh ketika mengalami tekanan serta cuaca panas dan tidak berpeluh ketika tidur, anda dinasihatkan agar cepat bertemu dengan doktor.



LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DI RUMAH



Sudahkah rumah anda DILINDUNGI PENGGERA KESELAMATAN

Kecurian, pecah rumah semakin berleluasa..Balik dari kerja rumah sudah kena pecah..ADT adalah jawapannya.. System alarm terkini yang melindungi rumah anda..24 jam rumah anda diawasi.Dapatkan tips2 dibawah agar dapat membantu melindungi rumah anda dari dimasuki oleh penyangak2 ini .


Cara-cara untuk mengelak kemasukkan pencuri

1. Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda. 
2. Pasang rantai pada pintu utama. 
3. Pasang kunci atau padlock yang lebih selamat. 
4. Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah. 
5. Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi. 
6. Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah. 
7. Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah. 
8. Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah. 
9. Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur. 
10. Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar. 
11. Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam. 
12. Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri. 
13. Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi. 
14. Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda. 
15. Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh. 
16. Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali. 
17. Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang. 


APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?



Tenang. 

1. Turuti arahan pencuri. 
2. Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian. 
3. Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai. 
4. Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian. 
5. Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan. 
6. Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat. 
7. Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak. 
8. Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri. 
9. Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran. 




APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?



1. Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur. 
2. Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru. 
3. Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif. 
4. Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat. 
5. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing. 
6. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. 
7. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan. 
8. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran. 
9. Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. 
10. Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK. 

11. Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.

Semoga tips2 yang diberikan dapat membantu anda mengatasi masaalah kecurian dan pecah rumah yang kian berleluasa ketika ini dan untuk lebih selamat lagi dapatkan ADT Sistem Penggera Pencurian agar keselamatan Diri dan Harta Anda lebih terjamin.

TAMBAT HATI SUAMI MELALUI MASAKAN


Kata orang tua, makanan menzahirkan ekspresi rasa romantik. Air tangan si isteri yang memasak buat suami tercinta semakin mewujudkan bibit mesra dalam sesebuah rumahtangga. 

Ramai lelaki bersetuju dengan kenyataan ini dengan mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih harmoni berbanding menikmati masakan di restoran. Namun kebiasaan hidup moden telah meminggirkan tradisi menangkap hati dan cinta sejati melalui perut dan kemampuan memasak yang baik dirumah. Benarkah begitu?

Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indicator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.

Maka tidak menghairankan apabila Negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. 

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah. Mereka berpendapat, makan malammasakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis. Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesame suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju.

Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya. Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.



sumber:majalah Nona



Nafas berbau?

Ketahui punca, kaedah penjagaan oral elak masalah memalukan 

SAMA ada anda kanak-kanak, remaja atau dewasa, penjagaan oral amat mustahak. Nafas berbau umpannya boleh memusnahkan rasa yakin pada diri anda. Di kalangan dewasa, kesihatan oral amat mustahak, apatah lagi sekiranya anda mahu rasa selesa serta bergaya berhadapan rakan sekerja.


Berasa hebat dan meyakinkan mengenai kesihatan oral dan mempunyai senyuman menawan, memberikan seseorang rasa keyakinan yang tinggi. Merasai dan kelihatan hebat kesan oral yang baik tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Apabila kita menyebut mengenai kesihatan oral ia banyak bergantung kepada pemahaman dan rasa tanggungjawab. Tiada individu, yang mahukan nafas berbau atau memiliki gigi yang kotor. Kerap memberus gigi, menggunakan flos dan cecair kumur mulut adalah tabiat yang bagus untuk diteruskan kerana kesihatan oral menjamin keindahan senyuman. 

Kesihatan oral dan masalah nafas berbau yang tidak ditangani dengan betul boleh menyebabkan ia berterusan hingga dewasa. Nafas berbau menyebabkan wujud rasa tidak selesa empunya diri serta orang berhampiran. Terdapat pelbagai sebab seseorang itu mengalami masalah berbau, tetapi di kalangan individu sihat, ia berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. 

Kajian mendapati teknik memberus gigi, khususnya bahagian lidah boleh mengurangkan sehingga 70 peratus nafas berbau. Nafas berbau disebabkan beberapa faktor termasuk bangun daripada tidur serta mengambil makanan berbau seperti petai. Ia terjadi lantaran pengaliran air liur hampir berhenti ketika proses tidur berlangsung dan ia mengurangkan fungsi membersih, dan keadaan itu menyebabkan pertumbuhan bakteria menyebabkan nafas berbau. 

Pengambilan makanan tertentu seperti halia, bawang putih dan dan sebagainya mengandungi bau semula jadi. Apabila komponen bau itu masuk ke dalam aliran darah, ia akan dipindahkan ke paru-paru di mana akan keluar sebagai nafas. 

Selain daripada itu, tabiat penjagaan gigi yang buruk seperti malas memberus dan berkumur memungkinkan pertumbuhan bakteria punca nafas berbau. Koloni bakteria dan makanan boleh hidup di bawah gusi yang tidak sihat juga boleh menyebabkan keadaan mulut tidak sihat. 

Sementara itu, gigi berlubang juga boleh menyumbang kepada nafas berbau kerana ia boleh menjadi lokasi pertumbuhan bakteria. Oleh itu, pastikan keadaan gigi anda berada dalam keadaan sempurna dengan mengunjungi doktor gigi secara berkala. 

Keadaan mulut kering atau ‘xerostomia’ boleh mencetuskan beberapa penyakit termasuk masalah kelenjar air liur atau masalah nafas berbau berpanjangan. Tabiat merokok atau mengambil produk tembakau boleh menyebabkan keadaan dalam mulut kering yang menjadi antara punca nafas berbau. 

Nafas berbau juga boleh disebabkan oleh tabiat mengawal pengambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ‘ketones’ akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar. 

Begitu juga sekiranya individu berada dalam keadaan lapar atau dehidrasi akibat tidak selera makan. Nafas boleh berbau kerana kekurangan pengeluaran air liur. Mengatasi masalah ini, anda boleh minum air dan mengunyah makanan boleh meningkatkan penghasilan air liur, seterusnya menghalau bakteria. 

Proses proses perubatan dan kesakitan seperti diabetes dan masalah buah pinggang, jangkitan kronik hidung, bronkitis, dan pneumonia antara keadaan yang boleh menyumbang kepada nafas berbau. 

Masalah nafas berbau boleh diatasi. Jalan terbaiknya ialah merekodkan apa yang anda makan kerana ia membantu anda mengesan punca nafas berbau. Anda boleh juga menyemak rekod perubatan lampau atau pembedahan terkini dengan doktor gigi anda. 

Mulut berbau boleh diatasi dengan mengamalkan penjagaan oral yang baik. Memberus gigi dengan bahan berflorida sekurang-kurangnya dua kali sehari, termasuk lidah dan bawah lidah membantu membersihkan keseluruhan mulut anda. 
Begitu juga membuang sisa makanan tepi gigi dengan menggunakan flos atau berkumur dengan cecair pembersih amat mustahak dalam usaha menghapuskan pembiakan bakteria di kawasan sekitar mulut. 

Tabiat pemakanan yang baik termasuk cara hidup sihat dengan meninggalkan rokok, sebaliknya minum banyak air dan buah-buahan membantu memelihara kesihatan gigi serta mulut. 

Walaupun mungkin segelintir memikirkan ia mencukupi, perkara utama yang selalu dilupakan ialah berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali kerana melalui pemeriksaan rapi daripada individu pakar mengenainya, ia mampu mengatasi masalah oral anda. 

Empat langkah disediakan untuk penjagaan  kesihatan gigi: 

  • Memberus - amat mustahak untuk memberus gigi dengan betul. Teknik serta jenis berus gigi sesuai amat membantu menjaga kesihatan gigi dan mulut anda. 


  • Flos berperanan membuang sisa yang tidak mampu dilakukan berus gigi. Kajian menunjukkan flos gigi dua kali sehari boleh menangani masalah jantung. 


  • Berkumur dengan cecair kumur bukan saja boleh menyebabkan anda berasa segar, tetapi boleh mempertingkatkan keyakinan diri kerana ia meninggalkan bau yang menyegarkan. 


  • Berjumpa doktor gigi secara berkala. 



  • TEKANAN PEMBUNUH SENYAP


    Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.

    Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulan bulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.

    Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.

    Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.

    Kajian
    Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia. 

    Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.
    Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, ke sannya paling rendah.

    Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sama di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.

    Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kan" ser (kesan terakhir).

    Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus(peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini. 

    Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.

    Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat diki wal, Hpylori (sejenis bakteria) tid menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalar4 nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, me seolah-olah terbakar dan asid hidrokld rik, komponen jus gastrik mencu keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.

    Tindak balas tubuh kepada tekanan
    Mengikut Anthony Yeo dalam bukunya, Menangani Masalah Tekanan, hlbuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat—bertindak dalam pelbagai keadaan tekanan. Tindak balas ini ditemui Selye. Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:
    • Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem sar f automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
    • Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
    • Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah ping'&ng, ia membentuk satu tindakan lalu n empergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
    • Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
    • Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
    • Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
    • Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
    • Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
    • Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
    • Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
    • Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
    • Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
    • Pendengaran menjadi tajam.
    • Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
    • Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
    Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."

    Barah perut
    Kajian (1990 -1991) mendapati, jangkitan H Pylori antara punca kanser perut selain kerap mengambil makanan berjeruk dan masin, kurang hadam nitrat (sejenis garam yang terhasil daripada tindakan kimia asid nitrik dan alkali), ataupun kurang mengambil Vitamin C atau E.

    Ia terjadi kesan penekanan pembunuh semula jadi (sel N K) yang khusus menyerang sel berbahaya apabila ketahanan badan lemah. Kanser perut ini banyak menyerang masyarakat Jepun yang terkenal kerana ketekunan dan daya saing kerja yang tinggi.

    Tegangan ini juga menjadi antara punca ulcerative colitis, penyakit radang usus yang kerap dialami mereka berusia 20 - 40. Antara gejala penyakitnya, cirit-birit dengan najis lembut bercampur lendir dan sedikit darah. Tabiat semula jadi yang terlalu bergantung kepada orang lain, taksub kepada sesuatu perkara seperti kebersihan dan kekemasan serta tidak berupaya bersantai dan berehat, boleh menjurus kepada penyakit ini.

    Pengambilan antibiotik membantu melegakan tetapi ketegangan masih ada. Ia juga meninggalkan kesan pada tekanan darah, jantung, ginjal, otak, mata dan anggota lain jika diambil berlebihan.

    Kesan kerap mengambil ubat atau dadah
    Rawatan paling mudah apabila menghadapi penyakit ialah dengan mengambil ubat disyorkan doktor. Pil mengandungi dadah ini memang melegakan tetapi ada kesan pada tubuh. Tanpa kita sedari ia menjejaskan sel, tisu dan anggota dalam badan.

    Misalnya, badan yang sering terdedah kepada tindak balas metabolik, merosakkan bahan genetik dalaman sel, deoxyribonucleic acid (DNA), juga terhasil daripada tindak balas kimia dalam makanan, sebatian oksigen dalam lemak (oxidised fats), pencemaran udara, air dan tanah, dadah dan semburan pengesan bahan galian. Radiasi seperti sinar kosmik, sinar-x atau sinar ultralembayung daripada matahari juga meninggalkan kesan.

    Bagi mengelakkan'gangguan' ini, tubuh mengorbankan vitamin antioskida diperolehi daripada makanan ataupun memantap homeostatis dengan mekanisme tepat bagi memperbaiki kerosakan tisu. Yang penting kerosakan DNA dapat diperbaiki.

    Tegangan berpunca tindakan kimia dalam jangka wakfu singkat dan tidak menyeluruh, sel cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan pada tubuh. Dalam kebanyakan kes, bahan kimia ini sudah terkumpul bertahun-tahun hingga melumpuhkan fungsi sel.

    Keadaan sama terjadi apabila gen yang mengawal pembiakan sel berganda (cellular multiplication) terjejas, kanser mungkin terbentuk. Jika gen pembiakan terjejas, anak dilahir mungkin cacat.

    Diet
    Diet mengundang tegangan tubuh apabila tinggi pengambilan gula dan karbohidrat terpilih. Bagi mengimbangi kandungan gula dan karbohidrat dalam darah, pankreas akan mengeluarkan insulin dengan banyak. Tegangan dan tuntutan insulin yang banyak ini menyebabkan tisu islet tidak membiak, mematangkan serangan diabetes mellitus.
    Punca lain kencing manis, antaranya keturunan, usia, jantina dan kegemukan. Ia juga dialami wanita hamil.

    Penyakit kardiovaskular
    Baka dikatakan antara punca penyakit kardiovaskular. Penyelidikan menunjukkan, tekanan secara langsung atau tidak langsung membebankan keadaan sedia wujud. Antara penyakit kardiovaskular:
    • Thombosis koronari—pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung.
    • Serangan jantung—tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini.
    • Ritma jantung tidak normal.
    Saluran koronari jantung
    Kesan merokok, diet yang kaya lemak tepu, pil (hormon) melega tegangan dan makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan perlambakan plak pada intima, lapisan dalam saluran darah. Saluran ateri menjadi sempit, mengurangkan bekalan darah ke myocardium, yakni otot jantung. 

    Saluran yang terjejas ini menyebabkan pesakit berasa sakit dada apabila tubuh bekerja keras seperti menaiki tangga atau ketika berlari jarak dekat. Kekurangan bekalan darah dan oksigen boleh merosakkan myocardium.

    Pendarahan
    Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut.

    Katakan anda luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, jiwa mungkin melayang.

    Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini rawatan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.

    Keadaan berkait dengan otot
    Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpula. dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan. Simpulan ini boleh terjadi di kulit kepala (menimbulkan pening kepala), rongga oral, tengkuk, bahu dan di bahagian belakang badan.




    sumber: :Majalah Jelita,April

    Dulu obes kini anoreksia

    MALISSA mampu bertahan hanya setahun selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. 
    Kini dia sedang bertarung dengan anoreksia yang boleh membawa maut.


    EMPAT tahun lalu, Malissa Jones, merupakan remaja tergemuk di Britain dengan berat badan 215 kilogram (kg).
    Dia sangat menggemari coklat, kerepek dan makanan bergoreng malah mampu menghabiskan 10 bar coklat Mars dalam satu-satu masa.
    Selain itu, pola pemakanannya juga bukan di tahap normal apabila dia mengambil 15,000 kalori sehari iaitu 7.5 kali ganda daripada kadar yang sepatutnya diambil oleh gadis seusianya.
    Keinginan untuk sentiasa makan dan mengunyah memuncak apabila waktu malam. Dia mengaku pernah berkejar ke peti ais dan makan daging burger mentah dengan gelojoh.
    Tabiat pemakanannya yang melampau itu akhirnya memberi masalah lain kepada Malissa.
    Tubuhnya yang semakin berat menyukarkan pergerakannya sehingga dia memerlukan alat bantuan oksigen ketika tidur. Malissa turut menghidap lelah dan mengalami masalah jantung yang sering dihidapi orang berusia.
    Lantaran itu, ketika umurnya 17 tahun, pada tahun 2008, Malissa mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan pintasan gastrik walaupun kaedah itu boleh membawa risiko maut kerana dilakukan pada remaja sepertinya.
    Dia mengakui doktor memberi amaran tentang risiko yang terpaksa diambil dan dia boleh meninggal dunia. Namun, Malissa berpendapat dia tiada pilihan kerana lama-kelamaan dia akhirnya akan mati.
    Menjadi orang termuda yang menjalani pintasan gastrik di dunia, pembedahan ke atas anak kelahiran Selby, North Yorkshire itu bukan sahaja berjaya malah lebih separuh berat badannya hilang dalam masa setahun.
    “Dalam tempoh itu saya seperti menemui dunia baharu. Saya pergi ke kelab malam setiap hujung minggu dan memiliki ramai teman lelaki kerana rasa lebih menarik dan yakin terhadap diri sendiri,” katanya.
    Menurut laporan Daily Mail Online, Malissa sempat berpacaran dengan teman lelakinya, Chris Robottom, 22. Mimpi ngeri Malissa bermula ketika dia hamil enam bulan.
    Dia berdepan dengan masalah kegagalan fungsi hati sehingga memaksa bayinya dilahirkan dengan kaedah pembedahan. Bagaimanapun, bayi itu meninggal dunia sejam selepas dia dilahirkan.
    Kehamilan itu turut menyebabkan berat badan Malissa menyusut secara mendadak sehingga dia hilang minat terhadap makanan dan disahkan anoreksia.
    “Badan saya seperti menerima kejutan apabila menjadi terlalu kurus.
    “Bukan tidak mahu makan, tetapi menelan secebis makanan hanya membuat saya bertambah sakit,” katanya yang hanya mengambil tiga batang lobak merah, sebiji ubi dan kentang panggang dengan nilai 300 kalori setiap hari.
    Menurut Perunding Psikologi Klinikal, Dr. Funke Baffour dari Waltham Cross, Malissa mungkin menerima gangguan psikologi apabila dia kini terpaksa berdepan dengan kesan pembedahan yang dijalaninya dahulu.
    “Ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila dia cuba menyekat sebarang perhubungan dengan makanan.
    “Kemungkinan Malissa takut untuk menjadi gemuk kembali, jadi dia mencuba untuk menjauhi dirinya dari menjamah makanan,” katanya.
    Memiliki ketinggian 1.7 meter, Malissa kini hanya memiliki berat 50kg.
    Terkini, doktor memberinya amaran untuk meningkatkan selera makan atau dia terpaksa berdepan dengan risiko maut dalam tempoh enam bulan.