Sumber : Kosmo.com
Burger McDonald's tidak busuk selama enam bulan
Sumber : Kosmo.com
Makanan McDonalds Tidak Boleh Reput ?
Berdiet Dengan Cara Yang Betul
Diet buah-buahan dan sayur-sayuran
Lebihkan pengambilan bijirin
Bijirin penuh amat baik untuk kesihatan. Ia mengandungi gentian, vitamin B, zat besi, mineral, vitamin B, E dan nutrien fito. Pengambilan sarapan seperti bijirin amat baik untuk pelajar sekolah dalam meningkatkan daya kecerdasan minda.
Tentukan tahap kelaparan
Sebelum membuat keputusan untuk makan, tentukan sama ada anda benar-benar lapar atau hanya sekadar memenuhi permintaan rakan untuk menemaninya makan bersama. Ia akan menyebabkan anda mengambil makanan melebihi daripada keperluan.
Menimbang berat setiap minggu
Dengan menimbang berat setiap minggu anda akan tahu perkembangan berat anda. Ia membantu dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Kawal pengambilan makanan
Setiap kali waktu makan, cuba kurangkan pengambilan makanan seperti biasa. Mungkin ia agak sukar pada permulaan namun lama kelamaan anda akan biasa dengan jumlah pengambilan makanan tersebut. Jika anda merasakan ia tidak mencukupi, tambahkan dengan buah-buahan.
Prihatin dengan makanan
Luangkan sedikit masa untuk mengira jumlah kalori yang diambil pada setiap hidangan. Anda boleh layari Internet dan mendapatkan informasi mengenai jumlah kalori terhadap makanan di Malaysia. Ini boleh mengelakkan anda daripada mengikuti diet yang salah. Sebagai contoh, ramai mengelak untuk mengambil nasi dan menggantikan dengan roti putih. Tahukah anda kalori empat keping roti putih bersamaan dengan sepinggan nasi.
Elakkan makan selepas pukul 8 malam. Sekiranya anda lapar, makanlah biskut dengan air panas seperti air coklat. Jadilah lebih prihatin dengan apa yang anda makan dan pilihlah makanan yang sesuai.
Jangan biarkan diri kelaparan
Perkara yang paling penting dalam menurunkan berat badan adalah dengan bersenam. Bersenam boleh membakar setiap kalori makanan yang diambil. Pastikan anda mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringkas. Elakkan menggunakan lif sebaliknya gunakan tangga. Jika hendak ke kedai naiklah basikal atau berjalan kaki.
PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta
Lima fakta
PERTINGKATKAN kualiti kesihatan anda dengan lima fakta kesihatan paparan Kosmo! pada minggu ini untuk kebahagiaan anda sekeluarga.
Manfaat mengunyah gula-gula
PERNAHKAH kita sedar bahawa tabiat mengunyah gula-gula getah sebenarnya baik untuk kesihatan?
Bekas Presiden Persatuan Pergigian Pediatrik Amerika, Dr. Stephen J. Moss berkata, terdapat pelbagai manfaat apabila aliran air liur menerusi kunyahan.
"Mengunyah gula-gula getah adalah cara mudah dan paling menarik untuk mengaktifkan aliran air liur. Terdapat pelbagai laporan yang menyokong manfaat mengunyah gula-gula getah.
"Antaranya termasuk membantu membersihkan gigi, mengurangkan plak, mengukuhkan enamel gigi, mencegah kerosakan gigi, gingivitis dan pendarahan gusi," katanya.
Malah, beberapa pengeluar gula-gula getah terbesar seperti Wrigley dan Cadbury turut mendakwa kunyahan produk itu boleh memberi pelbagai manfaat kesihatan secara menyeluruh. Ini termasuk memperbaiki memori jangka pendek, mempertingkatkan daya konsentrasi dan mood serta berguna dalam mengawal berat badan serta menghentikan tabiat merokok. - Independent
Asid perfluoro oktanoik sebabkan tiroid
SEJENIS bahan kimia yang digunakan untuk membuat lapisan tidak lekat pada periuk bertangkai, asid perfluoro oktanoik (PFOA) telah dikaitkan dengan masalah tiroid dalam kalangan orang dewasa.
Para saintis mendapati 25 peratus daripada sejumlah 4,000 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) yang memiliki paras PFOA tertinggi dalam darah adalah dua kali ganda lebih berisiko memperoleh masalah tiroid.
PFOA yang telah dihasilkan sejak lima dekad lalu banyak digunakan dalam pembuatan pelbagai bahan termasuk fabrik dan permaidani. Ia dipercayai memasuki tubuh menerusi diet atau melalui habuk yang disedut masuk ke dalam paru-paru.
Kajian ke atas haiwan mendapati bahan kimia tersebut berpotensi menjejaskan fungsi tiroid yang sememangnya penting untuk mengekalkan kadar degupan jantung.
Selain itu, ia juga membantu menyelaraskan suhu tubuh dan menyokong fungsi-fungsi tubuh yang lain. – Environmental Health Perspectives
Hati-hati ambil herba Cina
ASID aristolochic yang bersifat karsinogen dan biasa ditemui dalam kebanyakan produk herba Cina termasuk Guan Mu Tong mungkin berpotensi meningkatkan risiko kanser saluran kencing.
Di kebanyakan negara seperti Taiwan, produk-produk yang mengandungi asid aristolochic telah diharamkan sejak tahun 2003
Seorang saintis, Jung-Der Wang dari Institut Kebersihan Industrial dan Perubatan Pekerjaan, Universiti Taiwan Nasional telah menjalankan satu kajian ke atas pesakit yang baru didiagnosis dengan kanser saluran kencing. Kajian tersebut berlangsung dari 1 Januari 2001 sehingga 31 Disember 2002.
“Selain pengharaman produk yang mengandungi kandungan asid aristolochic, kami turut mengesyorkan agar pengguna berwaspada kepada produk-produk herba Cina lain. Produk-produk ini juga mungkin telah dicampurkan dengan herba lain yang mengandungi asid tersebut,” katanya.
Pesakit yang mempunyai sejarah menghidap nefropati asid aristolochic atau mengambil Mu Tong sebelum produk tersebut diharamkan disarankan menjalani pemantauan kanser saluran kencing secara kerap. – Journal of the National Cancer Institute
Vaksin mencegah rotavirus
SATU kempen vaksinasi yang dijalankan untuk mengatasi masalah rotavirus di negara-negara paling daif di dunia berkemungkinan mampu menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak.
Setiap tahun, lebih daripada setengah juta bayi dan kanak-kanak terkorban akibat jangkitan rotavirus. Ia turut menjadi punca utama masalah cirit-birit serius dalam kalangan kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah.
Beberapa kajian baru-baru ini mendapati pelaksanaan kempen-kempen vaksinasi di Malawi dan Afrika Selatan telah berjaya mengurangkan kadar jangkitan rotavirus sebanyak 61.2 peratus pada tahun pertama kehidupan.
Di negara-negara perindustrian pula, vaksin adalah sebahagian daripada protokol imunisasi pediatrik standard.
Seorang profesor kesihatan dari Universiti John Hopkins, Mathuram Santosham berkata, vaksin rotavirus seharusnya secepat mungkin diperkenalkan di kawasan yang mengalami kes maut yang tinggi.
“Ia perlu digunakan sebagai perangsang bagi mengukuhkan program-program pengawalan cirit-birit dan memperbaiki kaedah rawatan lain yang terbukti berkesan untuk cirit-birit,” katanya. – New England Journal of Medicine
Tidak cukup vitamin D risiko hidap riket
PENGAMBILAN diet dan vitamin D yang tidak mencukupi dikhuatiri menyumbang kepada kehadiran semula penyakit riket dalam kalangan masyarakat negara membangun.
Ini berpunca daripada kecenderungan generasi muda masa kini yang lebih suka menghabiskan masa di rumah bermain permainan komputer.
Penyakit riket sudah dihapuskan sepenuhnya di negara-negara membangun sejak awal 1900-an. Ia merupakan satu masalah yang mengakibatkan tulang orang muda menjadi lemah dan cacat.
Menurut profesor endokrinologi, Simon HS Pearce, kekurangan vitamin telah dikaitkan dengan kejadian penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit autoimun dan pelbagai jenis kanser.
Kebanyakan susu yang dikeluarkan di Amerika Syarikat telah diperkayakan dengan vitamin D. Tetapi, pengamal-pengamal perubatan berkata, kandungan vitamin D yang diperlukan oleh kanak-kanak adalah dua kali ganda daripada amaun yang diambil sekarang.
Selain memperoleh vitamin D daripada matahari, kanak-kanak boleh mencuba suplemen alternatif seperti minyak hati ikan kod, tuna, keju dan kuning telur. – Independent

Di kebanyakan negara seperti Taiwan, produk-produk yang mengandungi asid aristolochic telah diharamkan sejak tahun 2003.

Cipta Saat Romantis Bersama Pasangan Anda
Cipta saat romantis
Melalui detik romantik bersama pasangan mampu menambahkan lagi keintiman dan kemesraan dua individu dalam berkasih sayang.
LUANG masa berdua untuk memudahkan anda berkongsi perasaan. - Gambar hiasan
ADA pendapat menyatakan yang lelaki Malaysia terutama kaum Melayu kurang romantik dalam menjalani perhubungan kasih sayang. Mungkin keromantikan itu jelas terserlah pada awal bibit perhubungan, namun setelah beberapa bulan atau selepas meniti rumah tangga, perkataan romantik tidak ada lagi dalam kehidupan pasangan itu.
Adakah wajar meletakkan semua kesalahan pada kaum lelaki? Sebagai pasangan, wanita juga ada tanggungjawabnya. Jadi baik lelaki mahupun wanita masing-masing perlu berusaha untuk mencipta detik-detik romantik dalam memastikan kemanisan percintaan boleh berterusan.
Menurut pakar motivasi bebas, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad detik-detik romantik mampu menyegarkan kembali sesebuah perhubungan. Justeru, beliau berkongsi beberapa panduan yang boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian untuk memupuk saat romantis itu.
Luang masa
Menonton rancangan kegemaran bersama, berkelah, bercerita di kamar sebelum tidur, duduk berdua di rumah dan mandi bersama adalah antara masa yang boleh digunakan pasangan suami isteri untuk mencipta suasana romantis.
Selain itu, cara meluah perasaan atau berbincang ketika berdua-duaan juga boleh menghasilkan suasana romantis.
Lafaz cinta
Pasangan yang saling mencintai akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata mahupun perbuatan.
Lantas, ucapkanlah perkataan-perkataan cinta, sayang atau rindu dalam nada yang berbeza daripada percakapan biasa ketika bersama.
Lafazkan kata-kata sayang sebagai satu panggilan harian, semasa melakukan hubungan seks atau sebelum anda masuk tidur.
USAH malu atau malas untuk mengungkapkan kata-kata cinta kerana ia akan menyebabkan pasangan anda rasa tidak dihargai. -
Kejutan
Dengan lambakan kerja di pejabat kebanyakan kita menjalani kehidupan harian yang rutin dan adakalanya ia membosankan.
Tidak ada undang-undang yang menghalang kita daripada membuat kejutan atau memberikan sesuatu yang istimewa kepada pasangan pada hari-hari biasa. Ingatan anda kepada si dia pada masa-masa yang tidak dijangka akan mencetuskan rasa sayang yang menebal di hati.
Sesekali buat kejutan kepada pasangan anda. Lakukan perkara yang jarang dilakukan. Seperti pemberian hadiah, memasak atau membawa pasangan bercuti.
Tarikh penting
Wanita biasanya peka terhadap tarikh penting dalam hidup mereka. Jika anda dapati tiba-tiba isteri memakai pakaian cantik dan menyedia makanan istimewa ketika pulang dari kerja, cuba segera ingat tarikh itu.
Kemungkinan hari itu adalah hari istimewa bagi anda berdua. Mungkin wanita tidak akan memberitahu, sebaliknya dia berharap agar anda sentiasa mengingatinya.
Masa berdua
Pastikan anda menyediakan masa untuk anda berdua sahaja. Jika ada anak-anak atau ahli keluarga yang tinggal bersama, beritahu kepada keluarga bahawa anda ingin masa berdua.
Jika ada anak kecil pula, tinggalkan sebentar anak dengan keluarga sementara anda berdua menghabiskan masa bersama.
Tips Penjagaan Diri Untuk Wanita 30an
Dalam kesibukkan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.
Semoga sedikit tips dibawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an “memaintainkan” kesihatan dan keterampilan diri.
a) Kawal pemakanan Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.
b) Guna Pelembap yang sesuai Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.
c) Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.
d) Sentiasa bersenam Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
e) Minum banyak air Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
f) Makanan tambahan Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.
g) Elakkan bermekap tebal Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.
h) Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.