Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Air Mani



Bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi sebenarnya dalam air mani terkandung 16 jenis bahan kimia yang berguna untuk tubuh badan kita, yang kita langsung tidak ketahuinya. Jadi di bawah ada tersenarai 16 bahan yang terkandung dalam air mani:


1. Calcium
berguna untuk tulang dan gigi bahkan untuk menjaga fungsi otot dan saraf.

2. Citric Acid
Berguna untuk mencegah penggumpalan darah dalam tubuh

3. Creatine
Berguna untuk menambah tenaga dan pembentukan otot dan juga dapat berfungsi sebagai pembakar lemak dalam tubuh

4. Ergothioneine
Berfungsi sebagai pelindungan kulit dari kerosakan DNA

5. Fructose
Dapat berfungsi sebagai pencernaan gula dalam tubuh yang sangat 
bermanfaat sebagai pencegah penyakit diabetes. 

6. Glutathione
Komposisi kimia ini sangat berguna sebagai pencegah kanker, mencegah penggumpalan darah sewaktu operasi 

7. Inositol
Berfungsi mencegah kerosakan pada rambut

8. Lactic Acid
Berfungsi sebagai bahan untuk luka terbakar dan luka pembedahan

9. Lipid
Berfungsi sebagai pembakar lemak

10.Pyruvic Acid
Berfungsi sebagai penyuburan

11.Sorbitol
Dipergunakan oleh ahli farmasi sebagai bahan untuk mengatasi sembelit

12.Urea
Berfungsi untuk mengeluarkan nitrogen yang berlebih dalam tubuh

13.Uric Acid
Berguna sebagai pencegah penyakit diabetes tetapi kebanyakan 

14.Sulfur
Berguna untuk menghaluskan kulit.

15.Vitamin B12
Sebagai penambah stamina

16.Zinc
Berguna sebagai ubat jerawat 


Kandungan kimia …………..( Dalam mg/100 ml )
Ammonia ……………………………2
Ascoric Acid ……………………..12,8
Ash …………………………………..9,9 %
Calcium ……………………………25
Carbon Dioxide …………..54 ml/100 ml
Chloride …………………………155
Cholesterol ………………………80
Citric Acid ……………………….376
Creatine …………………………..20
Ergothioneine ………………..Trace
Fructose ………………………..224
Glutathione ………………………30
Glycerylphorylcholine ………54-90
Inositol ……………………………..50,57
Lactic Acid ………………………..35
Magnesium ……………………….14
Nitrogen, nonprotein(total) …913
Phosphorus,acid-soluble …….57
Inorganic ………………………….11
Lipid ………………………………….6
Total (lipid) ………………………112
Phosphorylcholine ………….250-380
Potassium …………………………89
Pyruvic Acid ………………………29
Sodium ……………………………281
Sorbitol ……………………………..10
Vitamin B 12 ……………….300-600 ppg
Sulfur …………………………3 % (of ash)
Urea …………………………………72
Uric Acid ……………………………..6
Zinc ………………………………….14
Copper ………………………0,006-0,024 

Dah tau kan, apa kandungan dalam air mani, tapi masih ada jugak mereka-mereka yang suka membazirkannya secara sengaja







Tisu dengan ekstrak timun

KLEENEX menganjurkan pertandingan berkongsi kelembutan dengan tisu Kleenex khas untuk penggunanya.


SETIAP individu memerlukan belaian mesra seperti sentuhan lembut daripada si manja, kemesraan pasangan tersayang atau kata-kata perangsang seorang sahabat setelah penat bekerja seharian di pejabat.
Jenama tisu, Kleenex merealisasikannya kerana sentuhan lembut dan menyegarkan mampu memberi kesan positif kepada kualiti kehidupan seseorang.
Kleenex tampil memperkenalkan inovasi terkini tisu Kleenex Natural tiga lapisan yang direndam dengan pati timun untuk meningkatkan kualiti tisu muka bagi menjaga aspek kelembutan.
Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee berkata, kulit manusia mudah terjejas dengan udara kering dan kotor.
“Kerosakan kulit juga berpunca daripada tabiat kerap mengesat dan membersih muka walhal kulit harus diberi penjagaan yang selembutnya,” katanya.
Menurut Woon Yee, perbuatan mengesat kotoran atau solekan akan memberikan rasa kelembutan, segar dan semula jadi dengan menggunakan ekstrak timun yang sudah dikenali sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit sejak turun-temurun.
Produk terbaharu tersebut diyakini dapat mengembalikan kesegaran kulit dan boleh digunakan untuk pembersihan yang halus dan semula jadi.
Sempena pelancaran produk baharu itu, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai program Share The Softness with Kleenex yang berlangsung sepanjang Mac hingga April ini.
Peminat laman Facebook Kleenex hanya perlu menghantar beberapa siri nota ikhlas bersama ahli keluarga dan kawan-kawan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hampir RM24,000.
Keterangan lanjut anda boleh layari disini




Racun lebah mampu bunuh virus HIV

Racun lebah mampu bunuh virus HIV

Ilustrasi tindak balas melittin terhadap virus HIV

WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news

Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia  berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.