Makanan McDonalds Tidak Boleh Reput ?

Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung didalamnya

Seorang jurufoto dari New York mambiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang gorang di atas rak dirumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke 137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.


** Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan makanan Fast food ini  yang memang banyak bahan pengawet, bahan kimia dan juga  berkalori tinggi disamping  Lemak minyak garam pun banyak yang boleh memudaratkan kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment