Amat ironi apabila seorang doktor berkata penyakit berpunca kuman tertentu manakala doktor lain pula mengatakan, ia bermula daripada dalam diri. Kenyataan ini amat mengelirukan tetapi apabila dikaji pandangan kedua-duanya ada kebenaran, bergantung pada perspektif mana punca penyakit ini dikesan.
Bayangkan anda kehilangan orang dikasihi dan sukar mengatasi kemurungan berbulan bulan. Tanpa disedari anda berada dalam tegangan—tekanan perasaan yang sekali gus mengubah corak kehidupan anda. Perasaan ini membuat anda lemah, tidak bermaya dan ketika ini juga anda mudah dihinggapi penyakit —sakit perut, sakit tekak, selesema atau demam.
Kenapa ia berlaku? Apabila perasaan anda tertekan berpanjangan, daya tahan tubuh menjadi lemah, mudah baginya dihinggapi penyakit. Jika dikata penyakit itu datang macam ribut, pergi umpama semut, perumpamaan ini kurang tepat. Sebelum disahkan doktor anda menghidap sesuatu penyakit, tanda-tandanya sudah ada. Cuma kerap kali tanda-tanda ini tidak begitu diambil berat, mungkin kerana kurang pengetahuan ataupun anda berfikir ia masalah kecil.
Sungguhpun banyak sebab tegangan dikaitkan tuntutan dan tekanan hidup, ada reaksi psikologi dan emosi seperti insomnia, raguragu, risau dan murung, ia juga meninggalkan kesan pada tubuh badan. Tegangan fizikal ini menjadi punca pelbagai penyakit.
Kajian
Pelbagai kajian dibuat bagi mengaitkan hubungan antara penyakit dengan tegangan. Thomas Holmes dan Richard Rache, dua penyelidik Amerika pada 1967 mencipta Social Readjusment Rating Scale (SRRS) bagi mengukur tegangan dihadapi manusia.
Mereka mendapati kematian pasangan, penceraian atau perpisahan, masalah be~ kaitan keluarga atau peribadi, mening gal kesan paling tinggi dalam hidup manusia.
Manakala perubahan tabiat makan, bercuti, menyambut perayaan ataupun melanggar undang-undang kecil, ke sannya paling rendah.
Bagaimanapun, penyelidikan mereka ini tidak menunjukkan keadaan sama di Malaysia kerana ia mengambil kira faktor kepercayaan, budaya, agi ma, keutamaan seseorang dan nilai hidup yang sentiasa berubah.
Satu cabang perubatan, psycho-neur immunology (PNI) pula menunjukkan tegangan dijadikan faktor asas, menu runkan daya ketahanan badan (faktor kedua) membuat badan lemah dan mu dah dijangkiti penyakit termasuk kan" ser (kesan terakhir).
Dr Hans Selye, Dr Hans Selye, pakar endokrin Ka nada (1956) membuktikan secara epidomologi kaitan antara tegangan dan barah usus(peptic ulcer). Kajiannya mendapati golongan ikhtisas seperti doktor, eksekutif perniagaan, guru mudah mendapat penyakit ini.
Rawatan melalui pembedahan kurang berkesan, 80 - 90 peratus kes berulang. Tetapi apabila mereka mengubah gaya hidup (rawatan tanpa pembedahan), kurang menghadapi tegangan, mengamal diet sihat, meditasi kesan pulihnya lebih baik dan kekal.
Ivan Pavlov (1849 -1936) Ivan Pavlov (1849 -1936) fisiolo Russia mendapati jika perasaan gembira, marah atau tegangan dapat diki wal, Hpylori (sejenis bakteria) tid menimbulkan masalah di dalam perut Melalui pemerhatian pesakit gastric tula (perut ditebuk dan dilihat dalar4 nya), apabila marah atau menghada tekanan, dinding perut berkilat, me seolah-olah terbakar dan asid hidrokld rik, komponen jus gastrik mencu keluar. Asid ini keluar tanpa paksa jika seseorang berada dalam keada tertekan. Ia mengganggu perut.
Tindak balas tubuh kepada tekanan
Mengikut Anthony Yeo dalam bukunya, Menangani Masalah Tekanan, hlbuh manusia memiliki satu pola tindak balas penyelamat hayat—bertindak dalam pelbagai keadaan tekanan. Tindak balas ini ditemui Selye. Apabila berada dalam keadaan tertekan, tubuh badan bertindak seperti berikut:
- Sistem saraf simpatetik, salah satu daripada dua cabang utama sistem sar f automatik, menggerakkan kimia yang menyusun rembesan hormon.
- Kelenjar pituari (di bawah otak) mengeluarkan hormon biasa ACTH ormon adrenocorticotropic) ke dalam aliran darah.
- Apabila ACTH sampai ke kelenjar tirenal yang terletak di atas buah ping'&ng, ia membentuk satu tindakan lalu n empergiat pengeluaran adrenalin ke dalam aliran darah dengan sekumpulhormon dipanggil corticoids. Kumpulan hormon ini menjadikan tubuh badan dalam keadaan terangsang.
- Aliran darah—sistem perhubungan dan pengangkutan am bagi tubuh imembawa kimia tekanan kepada setiap sel walaupun jauh kedudukannya, dalam tempoh lapan saat.
- Pertambahan tindakan ini akan diberitahu kepada jantung paru-paru dan otot melalui arahan menjalar melalui prat saraf. Kesannya sistem saraf simpatetik yang giat:
- Otot-otot menjadi lebih penuh dengan darah kerana saluran darah sempit dan meningkatkan tekanan darah. Pada waktu sama arah aliran darah juga diubah keterlaluan, menjadikan jarijari fangan dan kaki sejuk.
- Rentak otot meningkat dengan cepat, menjadikan tindakan otot lebih cekap dan cepat.
- Hati menukar glikogen yang tersimpan dalam bentuk glukosa yang diperlukan dengan banyak oleh otot dan otak.
- Pemafasan deras dan berat, menmgkatkan oksigen dalam darah supaya otot dan otak dapat membakar glukosa dengan berkesan.
- Jantung berdenyut cepat, menghantar bekalan darah berlebihan ke bahagian tubuh yang memerlukan.
- Peredaran darah berubah radikal. Sistem keutamaan dikaji semula. Bekalan darah berlebihan di dalam perut dan usus segera dikurangkan untuk memberi laluan kepada keutamaan lain. Ini menyebabkan sistem penghadaman terjqas apabila tubuh mengalami tekanan berat dan berpanjangan.
- Kegiatan elektrik otak diperhebat apabila darah menyerbu ke kepala. Ini membolehkan pengawalan kesedaran optimum tindakan tubuh badan. Sejumlah otak ditumpukan bagi menyedia tindakan, yang menjelaskan kesukaran berfikir pada peringkat abstrak ketika berada dalam keadaan gugup.
- Pendengaran menjadi tajam.
- Anak mata terbeliak, penglihatan lebih sensitif.
- Agen pembekuan meningkat pemekatan darah.
Karl Albrecht di dalam Stress and the Manager (1979): "Tindak balas tekanan ialah pergerakan kimia yang disesuaikan di dalam seluruh tubuh manusia untuk memenuhi keperluan dalam pergelutan kehidupan dan kematian atau untuk mendapatkan kebebasan yang pantas dalam keadaan itu. Tindak balas tekanan ini bergantung kepada penanggapan otak terhadap betapa parahnya keadaan."
Barah perut
Kajian (1990 -1991) mendapati, jangkitan H Pylori antara punca kanser perut selain kerap mengambil makanan berjeruk dan masin, kurang hadam nitrat (sejenis garam yang terhasil daripada tindakan kimia asid nitrik dan alkali), ataupun kurang mengambil Vitamin C atau E.
Ia terjadi kesan penekanan pembunuh semula jadi (sel N K) yang khusus menyerang sel berbahaya apabila ketahanan badan lemah. Kanser perut ini banyak menyerang masyarakat Jepun yang terkenal kerana ketekunan dan daya saing kerja yang tinggi.
Tegangan ini juga menjadi antara punca ulcerative colitis, penyakit radang usus yang kerap dialami mereka berusia 20 - 40. Antara gejala penyakitnya, cirit-birit dengan najis lembut bercampur lendir dan sedikit darah. Tabiat semula jadi yang terlalu bergantung kepada orang lain, taksub kepada sesuatu perkara seperti kebersihan dan kekemasan serta tidak berupaya bersantai dan berehat, boleh menjurus kepada penyakit ini.
Pengambilan antibiotik membantu melegakan tetapi ketegangan masih ada. Ia juga meninggalkan kesan pada tekanan darah, jantung, ginjal, otak, mata dan anggota lain jika diambil berlebihan.
Kesan kerap mengambil ubat atau dadah
Rawatan paling mudah apabila menghadapi penyakit ialah dengan mengambil ubat disyorkan doktor. Pil mengandungi dadah ini memang melegakan tetapi ada kesan pada tubuh. Tanpa kita sedari ia menjejaskan sel, tisu dan anggota dalam badan.
Misalnya, badan yang sering terdedah kepada tindak balas metabolik, merosakkan bahan genetik dalaman sel, deoxyribonucleic acid (DNA), juga terhasil daripada tindak balas kimia dalam makanan, sebatian oksigen dalam lemak (oxidised fats), pencemaran udara, air dan tanah, dadah dan semburan pengesan bahan galian. Radiasi seperti sinar kosmik, sinar-x atau sinar ultralembayung daripada matahari juga meninggalkan kesan.
Bagi mengelakkan'gangguan' ini, tubuh mengorbankan vitamin antioskida diperolehi daripada makanan ataupun memantap homeostatis dengan mekanisme tepat bagi memperbaiki kerosakan tisu. Yang penting kerosakan DNA dapat diperbaiki.
Tegangan berpunca tindakan kimia dalam jangka wakfu singkat dan tidak menyeluruh, sel cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan pada tubuh. Dalam kebanyakan kes, bahan kimia ini sudah terkumpul bertahun-tahun hingga melumpuhkan fungsi sel.
Keadaan sama terjadi apabila gen yang mengawal pembiakan sel berganda (cellular multiplication) terjejas, kanser mungkin terbentuk. Jika gen pembiakan terjejas, anak dilahir mungkin cacat.
Diet
Diet mengundang tegangan tubuh apabila tinggi pengambilan gula dan karbohidrat terpilih. Bagi mengimbangi kandungan gula dan karbohidrat dalam darah, pankreas akan mengeluarkan insulin dengan banyak. Tegangan dan tuntutan insulin yang banyak ini menyebabkan tisu islet tidak membiak, mematangkan serangan diabetes mellitus.
Punca lain kencing manis, antaranya keturunan, usia, jantina dan kegemukan. Ia juga dialami wanita hamil.
Penyakit kardiovaskular
Baka dikatakan antara punca penyakit kardiovaskular. Penyelidikan menunjukkan, tekanan secara langsung atau tidak langsung membebankan keadaan sedia wujud. Antara penyakit kardiovaskular:
- Thombosis koronari—pembentukan atau kewujudan darah beku pada saluran darah di dalam jantung.
- Serangan jantung—tekanan berpanjangan mempercepat serangan, menyebabkan kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul dengan sendiri di dinding arteri secara berlebihan hingga menghalang arteri ini.
- Ritma jantung tidak normal.
Saluran koronari jantung
Kesan merokok, diet yang kaya lemak tepu, pil (hormon) melega tegangan dan makanan tinggi kolesterol boleh menyebabkan perlambakan plak pada intima, lapisan dalam saluran darah. Saluran ateri menjadi sempit, mengurangkan bekalan darah ke myocardium, yakni otot jantung.
Saluran yang terjejas ini menyebabkan pesakit berasa sakit dada apabila tubuh bekerja keras seperti menaiki tangga atau ketika berlari jarak dekat. Kekurangan bekalan darah dan oksigen boleh merosakkan myocardium.
Pendarahan
Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan membawa kesan buruk apabila kita sakit atau menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa maut.
Katakan anda luka dan berlaku pendarahan berlebihan. Badan akan menghantar tanda amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas pantas dan tercungap-cungap, ia tanda membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan segera, jiwa mungkin melayang.
Apabila tubuh mengalami tegangan, badan menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa kita berbaring. Ini rawatan semula jadi dan amat berkesan memulih tegangan jasmani.
Keadaan berkait dengan otot
Tekanan berpanjangan menyebabkan otot berkaitan membentuk simpula. dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu serta sakit bahagian belakang badan. Simpulan ini boleh terjadi di kulit kepala (menimbulkan pening kepala), rongga oral, tengkuk, bahu dan di bahagian belakang badan.
sumber: :Majalah Jelita,April
No comments:
Post a Comment