Pegaga - mencantikkan kulit & juga menegangkan buah dada





PEGAGA mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida, flavenoids, volatile oils, pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik


" pegaga boleh dimakan...boleh dibuat jus dengan pegaga ni.boleh jugak dibuat ulam.pegaga memang bagus utk cantikkan kulit dan untuk lewatkan rambut dari beruban,hitam serta suburkan rambut.juga boleh menegangkan buah dada (bagi perempuan) jika selalu diamalkan memakan pegaga.ini adalah testimoni dari mulut orang dah penah" 




Cara Buat Air Pegaga:



"masukkan semua sekali termasuk akar.basuh bersih2 dan blend.tapis ambil airnya..terpulang jika mahu campurkan gula (perisa tambahan)..siap untuk di minum.samada panas atau sejuk.kalau dari pokok fresh,jusnya ada bau pegaga.tapi kalau beli yang dah di proses (dalam botol),bau pegaganya dah takde dan khasiatnya pun sudah tak sama dgn yang fresh".

Tanda-Tanda Awal Kanser


1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,
sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.. 


(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan
berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada. 

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,
sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air. 

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas
termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan. 

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan
yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit. 

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun
berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak. 

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen,
sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam. 

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah
atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti. 

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar
menelan dan kelenjar membengkak di leher. 

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

(1) Makanan(6) Tembakau
(2) Alkohol(7) Radiasi
(3) Sinaran cahaya matahari(8) Pekerjaan
(4) Pengambilan ubat(9) Pencemaran air dan udara
(5) Perokok yang tidak aktif(10) Keturunan 

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C.. Yang mana anda akanmati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.

Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS . Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

5. Bawang Goreng segera .

Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan , ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. 



Sensor bantu kurangkan gemuk

GAMBAR menunjukkan sensor diletakkan di perut Castillo sebelum dia menjalani aktiviti menguruskan badan di makmal Universiti Southern California, Amerika Syarikat.

ALHAMBRA, California - Usaha memerangi kegemukan bakal mendapat bantuan teknologi canggih tidak lama lagi.
Ia berikutan sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) sedang menguji sensor-sensor wayarles yang boleh dipakai bagi mengesan rutin harian golongan gemuk termasuk tabiat pemakanan dan senaman mereka.
Gajet itu direka bagi mendapat maklumat tepat berhubung aktiviti golongan itu.
Di sebuah makmal penyelidikan mengenainya di sini, dua remaja gemuk membantu menguji peralatan itu dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti duduk, berdiri, baring dan bersenam.
Sensor pada dada mereka merekodkan kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan jumlah aktiviti fizikal sebelum data itu dihantar ke sebuah telefon bimbit untuk disimpan.
"Kaki saya kebas," kata seorang remaja berumur 15 tahun, Amorette Castillo selepas dia membuat larian kedua dengan menggunakan mesin senaman di makmal Universiti Southern California, Amerika Syarikat.
Sebelum ini, program penurunan berat berdepan kesukaran untuk memperoleh data tepat kerana maklumat mengenai tabiat senaman dan pemakanan banyak bergantung kepada ingatan pesakit.







Fakta Menarik Khasiat Mandi

mandi membawa pengaruh besar terhadap aspek kesihatan anda

Mari kita ketahui fakta tentang kelebihan mandi yang kurang diketahui umum;

1. Ia boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selsema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.


3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 – 35 darjah Celsius pula akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot anda.

4. Menurut kajian para saintis dari Jepun pula, dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya golongan LELAKI.

5. Manakala satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati dengan berendam selama 30 minit dalam air suam amat baik untuk penghidap DIABETES. Ini kerana, cara di atas dapat menurunkan paras gula dalam darah sebanyak 13%.

6. Sementara itu, mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan.

Caranya ialah dengan menambahkan sedikit “sodium bicarbonate” ke dalam air mandian yang sejuk tadi. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.


Awet muda selepas 40-an




Saya sama sekali tidak menyangka wanita di hadapan saya pada suatu waktu dahulu merupakan seorang ratu cantik peringkat daerah. Wajahnya yang tampak lesu dan layu sama sekali tidak menyerlah di mata saya. Bila tersenyum kelihatan barisan giginya yang tampak longgar dan kehitaman. Matanya berkedut dan kesan 'eyebag' jelas kelihatan. Kulitnya juga kusam dan bertompok hitam.

 Pada usia awal 50-an dia kelihatan begitu tua melebihi usianya. Kecantikan miliknya sama sekali telah hilang. Apabila saya menatap foto lamanya memang dia kelihatan seperti orang lain dan bukannya Zainab yang dahulu merupakan wanita jelita lagi ayu. Namun Zainab yang berada di hadapan saya ialah seorang wanita biasa yang tidak menarik pandangan mata. Dia begitu jauh sekali ditelan usia. Meskipun ramai di antara kita mampu kekal manis dan awet muda di usia 40-an tetapi ramai juga yang layu di mamah usia.

Pertemuan dengan Puan Zainab membuka mata dan hati saya bahawa tidak semua kaum wanita bernasib baik kerana dapat mengekalkan raut wajah yang manis sepanjang usia. Bagi ramai wanita apabila usia meningkat maka wajah juga berubah. Lalu kaum wanita menganggap perubahan itu sebagai takdir yang menyedihkan. Mereka menyangka tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan. Keindahan sebagai wanita sudah berakhir. Dan kini mereka ditakdirkan menjadi tidak menarik lagi. Mereka menjadi rendah diri dan ramai yang takut tidak dapat membahagiakan hati suami lagi. Tambahan pula bila sang suami masih tampak kacak dan menjadi perhatian wanita muda. Hati siapa yang tidak risau jadinya, Tambahan pula apabila mempunyai suami yang kaya dan berkedudukan seperti Puan Zainab.

Namun begitu kita sering juga melihat wanita yang melewati usia 60-an namun memiliki rupa paras yang tidak jauh berbeza dengan wajah mereka sewaktu muda dahulu. Meskipun meningkat usia mereka masih lagi anggun dan menawan malahan lebih cantik dari wanita muda. Dengan kata lain mereka awet muda.

Lalu setiap orang baik lelaki mahu pun wanita pasti ingin mengekalkan kecantikan asli kurniaan Ilahi. Kerana itulah sejak zaman dahulu lagi pelbagai usaha dilakukan termasuk pengambilan jamu dan ramuan tradisional digunakan. Ini semata-mata bagi memperolehi awet muda. Awet muda bermaksud berjaya mengekalkan kecantikan dan ketampanan biar pun ditelan usia. Perkara awet muda ini banyak diperkatakan dan misteri awet muda akan saya rungkai secara saintifik. Bagaimanakah ia berlaku? Apakah ia takdir semata-mata? Maka ada di antara kita mampu kekal cantik di usia tua manakala ramai pula yang berubah dan kehilangan identiti dirinya?

Di usia 30-an masalah ini telah pun bermula. Ramai yang tampak lebih tua daripada usia sebenar. Mereka mencari sebabnya. Meski pun telah menjalani pelbagai rawatan dan pembedahan kosmetik ramai yang mengeluh tidak berpuas hati kerana wajah tetap tampak tua.

Sebenarnya, kemerosotan hormon membuatkan wajah seseorang berubah. Hidung yang pada suatu ketika mancung bak seludang menjadi kemek disebabkan tulang hidung nipis dan tenggelam. Tulang rawan yang menipis turut membuatkan hidung tampak kemek. Ini adalah salah satu faktor yang merubah penampilan dan wajah kita.

Satu lagi faktor utama adalah pengecilan tulang pipi menyebabkan pipi membulat (Bagi seseorang yang gemuk) dan bagi mereka yang kurus pula akan kelihatan terlalu cengkung. Tulang dagu juga turut mengecil menyebabkan wajah menjadi pendek dan lebar. Oleh kerana saiz bibir tidak berubah maka mereka yang mempunyai bibir yang terlalu kecil pastinya mendapati bibir mereka seolah-olah mengecut. Manakala bagi yang berbibir lebar pula mereka lebih bernasib baik kerana bibir tidak tampak lebar lagi di ebabkan saiz muka yang lebar dapat mengimbangi saiz bibir. Apabila tulang-tulang mengecut maka wajah menjadi menggeleber. Gusi menjadi longgar dan gigi menjadi panjang kerana tulang soket perlekatan gigi sudah mengecut.

Bentuk dan saiz mata juga turut berubah. Soket mata menjadi kecil dan mata kelihatan terbenam. Penglihatan menjadi kurang jelas dan mata tidak bersinar dengan cantik. Bulu mata juga menipis dan kening menjadi kecil dan ditumbuhi bulu-bulu kasar. Pada keseluruhannya wajah berubah menjadi seperti orang lain dan amat sukar bagi kita mempercayai bahawa mereka dahulunya cantik dan jelita.

Selain itu kemerosotan hormon turut mempengaruhi kulit menjadikannya gelap, berbintik-bintik dan pigmen. Masalah kedutan juga terjadi disebabkan oleh pengecutan otot-otot muka. Namun masalah ini tidak mengubah bentuk wajah secara langsung sebagaimana yang terjadi akibat pengecilan tulang-tulang muka.

Perubahan yang berlaku perlahan-lahan ini sukar dikesan pada peringkat awal. Apabila kekurangan hormon menjadi begitu teruk maka seseorang itu akan kehilangan kecantikan yang dimilikinya. Apabila paras hormon merosot dengan teruk gejala-gejala yang akan dirasai oleh mereka adalah keresahan dan gangguan dalam pemikiran. Tubuh juga menjadi tidak selesa kerana mudah mendapat penyakit metabolik.

Rawatan peningkatan hormon akan merubah seseorang. Apabila terapi penambahan hormon dibuat tulang rawan yang menipis akan menebal semula dan tulang-tulang yang mengecil akan semakin membentuk. Seseorang boleh tampil cantik semula sebagaimana dirinya sepuluh atau dua puluh tahun dahulu. Hormon yang cukup akan menyembuhkan dirinya menjadikan dirinya awet muda.

Awet muda ertinya mempunyai paras hormon yang tinggi sebagai mana kita di usia muda. Bagi mereka yang tampak muda meskipun berusia dan awet muda secara semula jadi, itu bermakna kelenjar hormon mereka adalah lebih aktif dan mungkin bersaiz lebih besar daripada orang lain. Bagi yang mempunyai kelenjar aktif di usia 40 tahun dan ke atas terapi hormon akan membantu. Selain daripada memberi kecantikan dan awet muda anda juga akan lebih sihat dan gembira. Bagi kaum wanita khususnya ini adalah berita gembira. Kembali cantik dan menawan bukannya sekadar impian sahaja. Dengan teknologi anti aging yang terkini anda mampu merealisasikan impian itu. Menjadi cantik dan awet muda perlu mengikut langkah yang spesifik dan selamat.

Jangan Telan Panadol


SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Iamerosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.