Telefon di pejabat tempat paling 'disukai' kuman, virus

 


WASHINGTON: Satu kajian mengenai kuman di pejabat mendapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja dan anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat.

Kajian berkenaan dikendalikan oleh seorang profesor mikrobiologi, Charles Gerba dari Univesiti Arizona.
“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat,” kata Gerba yang dipetik CBS News.
Cerek kopi, kepala paip sinki, peti sejuk serta pemegangnya dan ketuhar gelombang mikro adalah beberapa bahagian paling kotor yang biasa di tempat kerja. - Brad Reynolds, Wakil projek North American Platform Leader for The Healthy Workplace
Pekerja juga diberi amaran supaya berhati-hati di tempat yang mudah dijangkiti bakteria dan virus yang bersembunyi di pejabat. Bagaimanapun penemuan paling mengejutkan ialah ia tidak membabitkan tempat duduk dalam tandas.

“Pekerja sentiasa membersihkan tandas hampir sepanjang masa.

“Malah anda juga boleh mendapat kuman dari laci meja dan juga papan kekunci komputer, kata Gerba di mana tempat berkenaan hanya akan dibersihkan apabila ia melekit.

“Kita sering menemui virus selsema pada komputer sewaktu musim sejuk,” kata Gerba.
Dalam satu siaran berita ABCNews.com, Gerba berkata beliau menemui bakteria usus yang biasanya wujud dalam najis manusia pada satu daripada mangkuk gula-gula seorang daripada pekerja.

“Secara keseluruhan, semua barangan ini adalah empat kali ganda mempunyai tahap bakteria yang sama pada tempat duduk tandas,” katanya.

“Walaupun ramai pekerja menggunakan bilik rehat pejabat secara harian, ia secara umumnya tidak dibersihkan kecuali sehari oleh pekerja pembersih dan jarang sekali dilakukan sendiri oleh pekerja menyebabkan pencemaran lebih mudah dipindahkan daripada seseorang kepada yang lain sepanjang hari,” kata Reynolds.

Beliau berkata, bilik persidangan juga antara tempat paling mudah untuk kuman tersebar, misalnya ketika seseorang berjabat tangan dengan yang lain.

“Setiap orang perlu membersihkan tangan mereka sebelum atau selepas mesyuarat untuk mengelak kuman dibawa balik ke meja mereka,” kata Reynolds.

Butang pada lif, mesin menyalin atau pembuat kopi juga adalah sama seperti berjabat tangan.

Buah-buahan sitrus elak serangan strok


LONDON - Memakan buah oren dan lemon didakwa mampu mengurangkan risiko serangan strok terhadap manusia, menurut penyelidik dari Britain.

Pengambilan keseluruhan buah-buahan itu termasuk ketika bersarapan dalam bentuk jus dipercayai dapat mengelakkan serangan otak kerana ia kaya dengan antioksida.

Bagaimanapun, mereka menyatakan lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan buah-buahan sitrus tersebut untuk melindungi manusia daripada serangan strok.

“Semua orang sepatutnya mengamalkan gaya pemakanan yang sihat termasuk me­ngurangkan kadar pengambilan makanan berlemak dan bergaram serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap kerana ia adalah kunci utama mengelakkan serangan pelbagai penyakit,” menurut kenyataan penyelidik di Universiti East Anglia itu.

Payudara menggambarkan peribadi seorang wanita

 



Payudara Cermin Perangai Wanita?

Seorang penyelidik dari Rome, Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya. Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor diri wanita tersebut. Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita. 

Sejauh manakah kebenaran ni semua? Mari sama-sama kita buat kajian teradap pasangan wanita masing-masing untuk mengetahui rahsia petua ini.
  1. Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh. “Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.
  2. Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara. “Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.
  3. Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik. “Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.
  4. Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik. “Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah. “Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.
  5. Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.
  6. Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

sumber