Tolak nasihat minum air 8 gelas


LONDON 14 Julai – Pakar kesihatan sering meminta semua orang supaya minum lapan gelas air sehari bagi menjaga kesihatan, namun seorang doktor Britain menolak nasihat itu dan menganggapnya sebagai tidak berasas.

Pakar kesihatan menyatakan tindakan tersebut akan membantu dalam membuang toksin dalam badan, selain ia baik untuk kesihatan dan memastikan kulit sihat.

Seorang doktor di Glasgow, Margaret McCartney pula berkata, tiada bukti kukuh menunjukkan dengan minum sebanyak lapan gelas air sehari dapat menyokong dakwaan tersebut.

‘‘Dakwaan minum air dalam jumlah itu tidak masuk akal.

‘‘Tiada bukti menyokong bahawa minum lapan gelas air sehari dapat membantu mencegah dehidrasi,’’ katanya dalam artikel pendapat dalam Jurnal Perubatan Britain.

Beliau berkata, beberapa penyelidikan menunjukkan tiada faedah jelas minum air dalam jumlah berkenaan.

‘‘Tindakan minum air ketika tidak dahaga boleh mengganggu daya penumpuan berbanding meningkatkan daya itu.

‘‘Tambahan lagi, bukti mencadangkan bahan kimia digunakan untuk menyahjangkitan kuman dalam air yang dibotolkan tidak baik untuk kesihatan,’’ ujarnya.

Nasihat minum air sebanyak 1.2 liter sehari turut diberikan oleh doktor-doktor terkemuka, pakar pemakanan dan pihak-pihak berkepentingan termasuk syarikat air seperti Evian, Volvic dan Buxton.

Namun, terdapat juga kebaikan dengan minum lapas gelas air sehari iaitu mencegah sakit kepala akibat dehidrasi, melembapkan kulit, membantu kesihatan kuku dan mengurangkan nafsu makan. – Agensi

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info...a&pg=lu_04.htm


No comments:

Post a Comment