Tisu dengan ekstrak timun

KLEENEX menganjurkan pertandingan berkongsi kelembutan dengan tisu Kleenex khas untuk penggunanya.


SETIAP individu memerlukan belaian mesra seperti sentuhan lembut daripada si manja, kemesraan pasangan tersayang atau kata-kata perangsang seorang sahabat setelah penat bekerja seharian di pejabat.
Jenama tisu, Kleenex merealisasikannya kerana sentuhan lembut dan menyegarkan mampu memberi kesan positif kepada kualiti kehidupan seseorang.
Kleenex tampil memperkenalkan inovasi terkini tisu Kleenex Natural tiga lapisan yang direndam dengan pati timun untuk meningkatkan kualiti tisu muka bagi menjaga aspek kelembutan.
Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee berkata, kulit manusia mudah terjejas dengan udara kering dan kotor.
“Kerosakan kulit juga berpunca daripada tabiat kerap mengesat dan membersih muka walhal kulit harus diberi penjagaan yang selembutnya,” katanya.
Menurut Woon Yee, perbuatan mengesat kotoran atau solekan akan memberikan rasa kelembutan, segar dan semula jadi dengan menggunakan ekstrak timun yang sudah dikenali sebagai salah satu rahsia kecantikan kulit sejak turun-temurun.
Produk terbaharu tersebut diyakini dapat mengembalikan kesegaran kulit dan boleh digunakan untuk pembersihan yang halus dan semula jadi.
Sempena pelancaran produk baharu itu, Kleenex menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai program Share The Softness with Kleenex yang berlangsung sepanjang Mac hingga April ini.
Peminat laman Facebook Kleenex hanya perlu menghantar beberapa siri nota ikhlas bersama ahli keluarga dan kawan-kawan untuk berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai hampir RM24,000.
Keterangan lanjut anda boleh layari disini




No comments:

Post a Comment