SYDNEY - Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari
Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan
pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah
tinggi.
Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor
Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika
individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam
minuman tersebut.
Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong
kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu
menghentikan pertumbuhan sel kanser.
Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .
“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam
dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan
kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,”
jelas Hodgson.
No comments:
Post a Comment